Wednesday, 18 January 2012

Koleksi Doa Untuk Sahabat

SEPERTI YANG DIJANJIKAN,
KOLEKSI DOA UNTUK SAHABAT.

BOLEH JUGA DIGUNAKAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA (:
doakanlah untuk para sahabat baik kita :')

okay, antara doa yang saya guna dalam video aprisiasi saya adalah:

Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,
kurniakanlah kesihatan yang baik

padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah.. tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan,
kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Ya Allah , Ampunilah daku dan sahabatku
dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu
dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan
telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan
telah Engkau tutupinya ......... Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau
hilangkan daripadanya. ...
Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai
dan tepat untuknya melainkan telah
Engkau tunaikan segalanya baginya...
.......Tiada suatu kesakitan melainkan
telah Engkau sembuhkannya ....

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu
dan berubahnya kesejahteraanMu
dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan
sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya

YA ALLAH, sayangilah para sahabatku

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran.
Cahaya yang dia
jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan.
Ya Allah…jadikanlah dia cinta
kepadaMu dengan hatinya seluruhnya
dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya.
Ya Allah… jadikanlah cintanya
seluruhnya hanya kepadaMu dan amal
perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk
mencari keredhaanMu.

Ya Allah .. jangan biarkan mereka sunyi .. jangan biarkan mereka sendiri ..
Ya Allah .. isikanlah hati mereka sebagaimana Engkau isikan hatiku ..
...gembirakanlah hati mereka sepertimana mereka
menggembirakanku ..

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku teman ...
... kau pinjamkan aku ketenangan bersama mereka ...

Ya Allah, Sungguhnya aku bermohon kepadaMu
bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan,
sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik
kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya.
Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya.
Mantapkanlah imannya,
tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan
ampunkanlah dosa-dosanya.
Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang
tinggi di syurga.
Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah ... terima kasih kerana meminjamkan mereka
ke dalam hidupku ..
.. menemaniku tatkala ditimpa ujianMu yang satu itu ...

Ya Allah .. aku lah hambaMu yang beruntung,
dikurniakan teman yang baik, disebalik diriku yang hina ini ..
... setiap cacat-celaku, mereka lindung dan mereka ubati ...
... tidak juga sekalipun mereka biarkan diriku ini terluka ...

Ya Allah, Apa sahaja yang
Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai,
jadikanlah hal itu sebagai penguat
untuknya mencintai apa yang Engkau cintai
dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana
Engkau mencintainya.

Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

..Ya Allah ...persembahkanlah yang terindah bagi sahabatku.
Jika dia harus tahu musim surutMu,
biarlah dia mengenal pula musim pasangMu

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati,
izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak
terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu,
rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah,
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan.
Oleh itu wahai Tuhan,
aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu
bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

kalau ilmu ini bermanfaat, mohon share lah,
supaya dapat topup juga account dakwah sy yang miskin ni :'(

assalamualaikum.

Thursday, 5 January 2012

AMALINA CHE BAKRI VS ADAM ADLI

assalamualaikum (:

maaf ye, kalau mengikut tajuk, entri kali ini mungkin kedengaran AGAK kontrovesi.
namun, begitu, sukacita saya maklumkan ..

yang itu semua propa.
buat yang mengharapkan suatu kisah kontroversi,
sy minta maaf.
buat yang gabra semacam tadi,
alhamdulillah, saya tak tergerak hati lagi nak buat cerita DA BOOM.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

lately, Malaysia telah digemparkan dengan dua kisah Belia .

AMALINA CHE BAKRI
dan
ADAM ADLI

saya bukanlah seorang yang handal dalam politik Malaysia, mahupun dunia.
saya takkan tipu.
jujur ni, saya kadang-kala aje ambil berat.
banyak juga yang saya langsung tak mahu ambil tahu.

bukan apa, kadang-kadang .... saya rasa.
politik ni. penat.

tapi saya akur. benda-benda ni semua kena ada sikit-sikit dalam pengetahuan.
sebab takkan lah mahu jadi kera sumbang atau katak bawah tempurung pula kan?

-------------------------------------------------------------------------------


saya sedar akan kedudukan saya.
saya tahu apa yang dah jadi.
*walaupun taklah TAHUUUUU sangat sangat sangat.

tapi, apa-apa pun,
dalam kes kak Amalina. dia dahpun bagi penjelasan.
kita terima ajelah dengan hati yang terbuka.
kalau dah itu katanya ...
buat blogger yang hendak menegur pun,
tegur lah dengan cara yang berhemah.

seperti yang telah diunjurkan Nabi Muhammad s.a.w
ini tidak, saya kurang senang bila ada yang suka hati caci maki dan hina kak Amalina.
bukanlah saya ni nak menangkan dia.

saya neutral. tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

cuma, kalau betul dia salah. tegur elok-elok.
...dan Kak Amalina .... saya doakan Kakak dapat hidayah drpd Allah...
saya sayangkan Kakak sebagai Kakak seIslam saya.
Kakak jaga lah diri Kakak baik-baik.
kalau boleh, dengan kelebihan yang Kakak ada,
Kakak jaga lah diri Kakak.

sebab di mana-mana pun Kakak berada,
Kakak seorang pelajar,
Kakak seorang anak,
Kakak seorang Melayu.
and, above all ...
Kakak seorang Islam.

buat yang dahpun menulis tentang kak Amalina Che Bakri.
terima kasih atas info-info yang benar.
terima kasih jugak atas teguran yang bermanfaat.

saya mintak maaf kalau ada yang saya tulis ni menyinggung perasaan mana2 pihak.
saya ni budak mentah lagi.

sekali lagi, saya nak mintak maaf.
kalau ada silap saya tulis here and there,
tegurlah saya elok2 ....



semua perkara boleh diselesaikan tanpa perlu rasa marah.
tanpa perlu caci maki dan kata-kata nista.
jadikan sabar itu identiti kita. no. scratch that.
to me . sabar itu. saya kena ada sabar.

kerana Islam itu Indah dan mengindahkan.


I thought I have made my point and I do/am agree with Brother Aiman Azlan.
the point is, tiada tempat untuk saya judge Kak Amalina ataupun Brother Adam Adli.

anyway, these are just my thoughts.
kalau tak setuju pun takpe.

but anyhow.
macam Brother Anwar Hadi said; dont get angry. get Angry Birds.

Tuesday, 3 January 2012

AHLAN WASAHLAN 2012


assalamualaikum and hello world.
maaf la ye? sekian lama menyepi =.=

sibuk jadi penanam anggur setia di rumah ni, alahai .

okay? mari kita straight to the point?
amacam sambutan tahun baru anda?
ada bagus?

harap-harapnya semua masih dipelihara dalam rahmat Allah.
akhiri tahun 2011 dengan amal baik
dan mulakan tahun 2012 dengan kebaikan juga (:

lalu untuk itu, sy kongsikan pengalaman sy menyambut tahun baru,
buat julung kalinya ..
bersama-sama 1199 JIWA .

alhamdulillah, sy mengisi masa sy yang dah banyak terluang ini
dengan menyambut tahun baru dalam program

alhamdulillah.
suasana di Dewan Muktamar TV ALHIJRAH,
tempat kami berkumpul 1200 jiwa remaja.

pengisiannya Alhamdulillah.
tidak sia-sia ke mari.
banyak ilmu dapat, kenal dengan kawan2 dan tak lupa,
dapat ber Qiam dengan IM HASSAN, alhamdulillah.



malam itu, kami berikrar bersama
Ust Zahazan, Fedtri Yahya, IM NAJDI
untuk menjadi Mujahadah dan Daie yang setia.
mohon di doakan.

subhanallah itu aje lah yang dapat di ekspresskan di kala ini.
taktahu lagi la macam mana nak descrive betapa sy bersyukur dapat ke mari,
alhamdulillah diizinkan Allah.



alhamdulillah, sy berjaya mulakan hijrah sy hari itu.
hari yang sangat bermakna bila mana sy berjaya menyarungkan tudung tersebut.
alhamdulillah, Allah kuatkan iman sy utk terus membina langkah ke > Ideal Muslimah.


pagi 1 Januari 2012 itu, kami akhiri himpunan kami dengan ..
larian dari Masjid Negara ke Taman Tasik Perdana.
aduhai ... penat gila.

tapi syok. agak bad mood sebentar kerana lambat makan > gastrik.
tapi apa2 pun, alhamdulillah.
jumpa personaliti TV ALHIJRAH.

hikhik apa2 pun, semuanya alhamdulillah.



betul ini, saya tidak menipu.

UHIBBUKIFILLAH, JIDDAN JIDDAN YA UKHTI <3

Nurul Annisa binti Abdul Wahab
Nur Izzari Syazwana binti Zamri
'Aqila 'Aliya binti Abdul Ghafar
Nur Filzah binti Yasak
Nur Amalina binti Hairol Nizam

may Allah guides us to jannah together.