Saturday, 1 October 2011

PERMOHONAN SM TEKNIK 2012

entri ni boleh dikatakan sebagai mempromposikan Pendidikan Teknikal,
kepada para pelajar tingkatan 3 yang sedang bertarung untuk PMR.

ya, adakah anda sedang dalam proses mengisi segala borang untuk ke ..

SBP
MRSM

.. dan Sekolah Menengah Teknik tiada dalam list anda.

chill, dulu diri daku ni pun sama je. asyik fikir nak sekolah top je.
tapi, alhamdulillah, rezeki ada di Sekolah Teknik.

kenapa orang / saya (pada mulanya) tak mahu ke Sekolah Menengah Teknik?

" sekolah teknik untuk budak bodoh je, takde masa depan "

"tak glamour la sekolah ni"


"budak teknik ni jahat-jahat semuanya."


"sekolah teknik untuk budak-budak yang tak mau belajar aje"

alahai, sedihnya hati bila dengar komen-komen macam ni.
tapi nak buat macam mana.
dua tahun lepas, aku sendiri pun cakap macam ni juga.

1. SEKOLAH TEKNIK , SEKOLAH VOKASIONAL dan KOLEJ KEMAHIRAN.

ada perbezaan yang banyak antara tiga kategori di atas. secara ringkasnya, SEKOLAH TEKNIK adalah untuk aliran teknikal sahaja:

MECHANICAL ENGINEERING
ELECTRICAL ENGINEERING
CIVIL ENGINEERING
ACCOUNT.COMMERCE STUDIES
AGRO TECHNOLOGY

VOKASIONAL dan KEMAHIRAN pula untuk aliran-aliran yang lain la, seperti

PENGURUSAN MAKANAN
KIMPALAN
AUTOMOTIF

dan lain-lain lah ..

2. SEKOLAH TEKNIK UNTUK BUDAK BODOH JE, TAKDE MASA DEPAN.

for your information, nak masuk sekolah Teknik, kelayakan anda mestilah at 5/6/7/8/9 A Percubaan. itu syarat kelayakan yang paling baru lah, kalau zaman aku dulu, nak masuk TTJ kena 8 atau 7 A.

3. TAK GLAMOUR LAH SEKOLAH TEKNIK

amboi cik adik ni, nak study ke, na glamour je? belajar kena ikhlas. kalau kita nak belajar, campak ke tepi longkang pun, kita belajar juga.
dan siapa kata SMT ni tak glamour?

kami pun banyak menang pertandingan, kami pun pernah juga kalahkan SBP/MRSM dalam beberapa game.
bukan lah niat na mengutuk SBP dan MRSM, tak dinafikan, mereka memang bagus.
sekolah bagus, murid bagus, cikgu-cikgu bagus ..

kelas gitu.

tapi, itu tak bermakna, SMT tak boleh setanding dengan mereka. kami pun dapat anugerah Kluster dan Sekolah Kecermelangan juga. Kami pun dapat dana kerjaan juga. Kami pun ada bidang Kebitaraan kami juga. Kami pun ada guru-guru cemerlang segala DG juga.

jadi? kenapa kami dipandang rendah?

4. BUDAK TEKNIK NI JAHAT-JAHAT SEMUANYA

tak pernah lagi kan anda dengar kejadian rogol dan bunuh di sekolah teknik? tapi, kalau di sekolah harian ... lu pikir la sendiri.
secara asasnya, untuk masuk ke sekolah teknik/vokasional/kolej , anda DIPILIH bukannya suka hati walk-in je.
rekod kita semuanya dia tahu, dari sahsiah diri hinggalah ke latar belakang keluarga,

lagipun, sekolah teknik bukan sekolah Juvana untuk ditempatkan budak-budak jahat (maksud saya, nakal)

5. SEKOLAH TEKNIK NI UNTUK BUDAK TAK MAHU BELAJAR JE

tapi kami datang ke sekolah kan? kami tidak ponteng kan?
itu sudah cukup membuktikan, yang kami masih lagi mahu belajar.
kenapa nak caci maki dan hina budak budak vokasional dan kemahiran?

kalau anda semua tida perasan lah, sekecil-kecil komponen dalam PC?Laptop yang anda sedang guna ni,
amat penting.
siapa yang buat?
mereka-mereka yang datang dari sekolah ini lah.

aku tak cakap reka. aku cakap buat.

for your information, para pelajar yang kononnya berbangga dengan aliran sains mereka tu, kebanyakannya memeluk aliran Kejuruteraan bila sudah keluar sekolah.

itu baru fakta nombor satu.
fakta nombor dua ...

seorang doktor memerlukan pelbagai alat bantuan dan mesin bukan, untuk merewat pesakit?
sebagai contoh,

telescope, microscope, segala macam mesin automatik...
even katil, meja, kerusi dan bangunan yang dia berkerja serta elektrik yang dia gunakan itu,
semuanya hasil buah fikiran para Jurutera dan hasil tangan dari pekerja-pekerja Mahir.

yang selama ini orang di luar selalu hina dan pandang rendah.

aku pernah berada dalam sekolah harian dan sekolah teknik.
jujur, dulu bila di sekolah harian, aku rasa SMT ni maca tahapehape.
bila aku masuk SMT pula, aku rasa macam aliran Vokasional dan Kemahiran ni celah gigi.

rupa-rupanya tidak.
bila aku menyertai lawatan ke SM Vokasional Ampangan dan dibawa peluang melawat ke sekitar sekolah mereka (bengkel-bengkel mereka) ternyata pendirian aku berubah.

kami belajar teori. tapi, entah apa macam mana nak buat, kami tidak tahu. jujur aku cakap. diorang, umur 17 tahun dah panda repair Perdana.

korang tahu?

dah pandai repair air-cond. buat cenderamata berasaskan logam. mengimpal.

korang boleh?

:: jadi, jangan lah pandang rendah dekat pelajar beraliran Teknik dan Vokasional serta Kemahiran ni. ada Jurukimpal, kalau dia sambung sijil kemahirannya, dia boleh mencapai gaji yang melebihi daripada seorang Jurutera ber PhD. hebat tak hebat.
jadi, para pelajar jurusan/aliran Sains Tulen, tak perlu lah nak mendabik dada, tidak ada yang hebatnya anda kalau SPM tak gempak.
same goes to me.

------------------------------------------------------------

ni adalah beberapa SM Teknik yang aku syorkan adik-adik tingkatan 3 apply..
semuanya sudah mencapai taraf Sekolah Kluster Kecermelangan; sama dengan SBP (yang bukan SBT)


Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur


Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, Seremban

Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu
*sekolah teknik terbaik SPM 2010

-----------------------------------------------------------------

insyaallah, akan sambung lagi dengan maklumat tentang aliran apa yang patut dipilih.

syukran for reading (:

No comments: