Monday 14 May 2012

HARI NAKBA DAN SOLIDARITI BUAT PALESTIN



first of all, 
selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w 
 and
let's recite Al-Fatihah for our brothers and sisters in Palestine,

okay, today is Hari Nakba :

Selain Hari Nakba atau yaumulnakbah ni, ada beberapa nama lagi sempena hari yang malang ini. Antaranya al-ightisab ("the rape"), al-ahdath ("the events"), al-hijra ("the exodus"), dan lamma sharna wa tla'na ("when we blackened our faces and left"). 15 Mei dipilih sebab hari ini adalah sehari selepas hari kemerdekaan Israel - kemerdekaan yang tidak diiktiraf.


Kesedaran Hari Nakba

Kat Malaysia ni entah kenapa 'semangat' untuk memperingati hari ini sangat kurang. Kalau aku tanya kat sini berapa orang yang tahu pasal ni, berapa orang yang berani angkat tangan? Aku pun dulu tahu pasal tarikh ni tahun lepas, semasa kawan palestin kat Sheffield buat program pasal ni. Sekarang ni ada lebih 4 juta pelarian palestin di seluruh dunia, merekalah yang bersemangat untuk meneruskan hari nakba ini supaya dunia tahu, Israel yang ada sekarang adalah bumi mereka dahulunya. 

Bayangkan kalau Malaysia negara kita di rampas, 28 juta penduduk negara kita, termasuk aku dan korang yang membaca dianggap PELARIAN - apa perasaan kita? Ambillah masa untuk hari ini, sebarkan perihal Hari Nakba ini kepada yang tidak tahu. Walaupun kemenangan Islam itu pasti, sama ada kita bersama dengan kemenangan ini itu tidak pasti. Dan malanglah kalau kita tidak bersama memberi sumbangan.

copy paste dari : Blog Joegrimjow 
more on Solidariti Palestine ----> LINK

Peranan Kita

Kita; umat Islam bersaudara . Kesakitan mereka, kesakitan kita, kepedihan mereka, kepediha kita. dan tentunya, kebahagiaan mereka, kebahagiaan kita . Saya nak bersama saudara saya di syurga nanti, insyaallah. anda?

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: 

Seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain seperti bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. 

(hadis Riwayat Muslim )

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: 

“ Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya ” 

(Hadis Riwayat Muslim)



Sekarang tengah heboh di Facebook. ada dua puak. Puak yang dengan sedia dan setianya menukar DP mereka kepada "gambar" Para Palestinian dan Puak yang berpendapat bahawa,

                                                        " setakat tukar DP buatpe? "

okay. teorinya mudah. Allah tak melihat kemenjadian usaha kita. Allah melihat USAHA kita. 

boleh rujuk Sirah Nabi Ibrahim, Kisah Burung Yang Memadamkan Api dan Cicak ---> LINK 

saya beri satu anologi :

KALAU LAH KITA, dilanda musibah. apa perasaan kita sekiranya kita ada:

1- kawan yang tak dapat bantu meringatkan bebanan kita, tapi dia ada dengan kita, menyokong kita, mendoakan kita dan alert dengan kesusahan kita.

2- kawan yang tak tahu pun kita ada masalah, apatah lagi nak membantu dan meringankan beban. secara ringkas : DIA TIDAK TAHU LANGSUNG KITA ADA MASALAH (dalam definisi saya, ini bukan kawan)

see? saya rasa berdasarkan anologi ni dah jelas, kan? which is which dan kita sepatutnya menjadi yang mana??

SO? HOW TO HELP ataupun HOW TO JOIN ataupun HOW TO WITH THEM ?


ini album pilihan DP Facebook, Twitter etc .. bolehla pilih mana-mana yang ukhti dan akhi suka =) kalau pandai buat doodles tu, moleklah awak buat hihi lepastu share ye :) boleh saya pinjam nak buat DP baru .


ini laman web organisasi Solidariti Palestine di barat. bolehla cekidaud mereka.


laman web International Solidarity Movement.

any info, boleh lah kita cekidaud mereka :)

okay, sekarang saya nak share THIS ---> LINK 

Ya Allah, semoga kemenangan bersama mereka. jika kau takdirkan bukan di dunia, biarlah mereka bahagia di akhirat kelak.


jazakallah khairon kathiron for reading :)
May Allah bless :)
Peace (Y)

maassalamah wailalliqaq

No comments: