Saturday 11 June 2011

KBYE; istilah atau apa?

perkataan atau frasa yang semakin kerap dijumpai di Fesbuk atau Twitter,
sejak dua menjak tiga menjak a.k.a 2 minggu ni.

kbye atau lebih mudah di pronounce;
KAYYYBAIIIIII
atau
KAYBAI.


kenapa aku macam ni?
tak suka lah perkataan ni.
seolah-olah menunjukkan yang kau malass sangat nak bercakap dengan orang tu.
ataupun jari kau dah cramp tak boleh menaip banyak-banyak dah.

wahh, boleh mensirap diri ini bila syok-syok berbual di laman sesawang Facebook,
tiba-tiba, suddenly ..

"eh, kena masakkan makanan kucing la, out dulu. kbye"

istighfar je lah aku ni, dalam hati.
kan elok cakap macam ni;

"eh, kena masakkan makanan kucing la, out dulu. bye, salam."

wah :D barulah terbaik. daripada kau cakap KAYBAI ngan aku tu,
baik kau doakan kesejahteraan aku.
aku takla cakap aku senantiasa farewell pakai SALAM.
tapi at least aku cakap macam ni

"okay, byeee~~~"

at least aku cakap OKAY atau paling jarang dan paling koman pun; OK
bukannya

K

K bukan perkataan,
okay, nampaknya macam aku seolah-olah memperbesarkan perkara ni.
tapi nak buat macam mana.
sudah bersepah-sepah tak larat nak tengok dah,
KAYBAI kat news feed.
sorry sangat-sangat kepada pengguna setia KAYBAI.
bukan niat nak kutuk korang, ampun, maaf zahir dan batin.

ini sekadar luahan rasa buah fikiran.
sekarang ni orang sibuk cakap pasal memartabatkan bahasa.
tapi nak martabat apanya, kalau bahasa itu semakin lama semakin singkat.
bukan setakat BM diorang singkatkan.
wah :D sudah genji (gangster/pailang/berani) nak singkatkan English.
korang ni memang lah dasyat =.=''

boleh dikatakan aku ni tak suka bila orang reply sms macam:

abir: "weh, si polan, ak datang rumah kau kejap lagi tau."
si polan: "K"

*memang cara begitu aku menaip SMS, tak caya, tanya member2 aku*

the point is. reply tu ha, K.
aduh lemah semangat aku der, bila baca K.
cakap la, OKAY ke OK ke I'll be waiting ke.
ini tidak.
K.
K itu jawapan apa?
Kentut? Kering? Kahkahkah? Kabut? Kasar?

please dong! jangan bikin aku penasaran.
so, ini ajelah pendapat aku dalam penggunaan KAYBAI.

takpe la, setiap orang lain-lain.
mungkin aku yang ketinggalan sebab tak pakai KAYBAI.
aku lame kot, hehe.
so, sekali lagi nak mintak maaf kalau tersalah bicara dalam entrie ni ye (:

pesan aku;
janganlah cakap KAYBAI = kbye
dengan aku,
sebab disebalik alam siber itu, aku dihadapan skrin komputer dah macam ni dah:



sekian, wallahualam.
maas salamah wa ilal liqaq.

Friday 10 June 2011

APA ORANG KATA

moto untuk malam ni :

.... bila kau dekat, DIA dekat ...


woah, sekarang dah bulan Rejab whoa.
apakah resolusi diri daku?
nak fikirkannya pun aku dah berpeluh .

Remember that Allah “spreads out His hand at night to accept the repentance of those who sinned during the day, and He spreads out His hand during the day to accept the repentance of those who sinned during the night, (and this will continue) until the sun rises from the west.” [Muslim]
sejak dua menjak tiga menjak ni, ramai yang dah buat anjakan paradigma,
yang free hair tergerak nak pakai tudung,
yang couple decide nak clash,
tak kurang jugak, yang makin aktif dalam mencari bahan santapan Iman.

aku?
masih lagi di sini, bukanlah dekat takuk lama.
aku takler hebat mana. setakat menjengah ke alam cyber,
mengutip beberapa cebis ilmu berguna.
=.= cuti ni, tak ke Masjid langsung, di kuarantin kan.
Takpe, kata Mama. lepas SPM nanti aku akan ke Pesantren.

insyaallah, itu aje la aku cakap dalam hati.

bila fikir-fikir balik, kenapa semua orang takut nak berubah?
frankly speaking aku cakap, mungkin sbb takut dengan "apa orang kata"
haih, aku ni dulu, tak baik sangat.
so, ada lah jugak pengalaman dalam proses nak jadi BAIK SIKIT.

waktu Ayah suruh pakai tudung dulu,
mak ai, rasa macam semput aje. tapi takpe la, ikutkan jugak,
perintah Ayah, perintah Agama, perintah Allah, kan?
pakai lah... pasal stok baju memang tak payah risau.
baju sleeveless ke siglet ke jarang2 ciku-cak ke, lengan pendek ke,
memang tak pernah wujud dalam almari baju.
lengan pendek itu just utk tidur je la ..
so, terhasil lah aku memakai tudung.
tapi, waktu tu tak ada siapa-siapa pun nak judge?

tapi sekarang, bila aku baik sikit..
"wah, abir. ustazah ey?" aku diam.
"ai, tambah aksesori nampak???" aku pandang lengan, aku pandang kaki.
salah ke? menjaga kehormatan diri?
argh, kadang-kadang tu boleh tensi kepala hotak ni.
apa yang memisahkan aku dengan Hidayah Allah cumalah;
"apa orang kata"

tapi, kawan-kawan (Sumayyah Legacy) pesan, pedulik lah apa orang nak kata.
betul jugak, kalaulah (KALAU, nauzubillahiminzalik) aku masuk neraka,
kompom punya, mereka yang berkata tu takkan tolong aku.

jadi, kepada sesiapa yang nak dan dalam proses nak berubah, for better,
tak perlu lah apa nak peduli kata kawan-kawan,
sebab kalau diorang betul kawan baik korang,
baik-buruk korang, dia akan terima,
bahkan dia akan doa untuk kebaikan korang menjadi yang lebih baik.

well, been there done that.
..wallahualam...

Saturday 4 June 2011

JAJA DAN DIN, HIDAYAH DAN SEJARAH (2)

[ kenangan bersama Ustaz Abah, Kem Tahfiz 2009]

okaylah, sambung balik post yang terhenti.
izin che' sambung na?

BAIK, seperti yang telah di haba' kan, tak ada apa yang jadi lepas Shahirah Abdul Rahim baca nobel JAJA DAN DIN lalu, nobel itu che' letakkan aje dekat rak.

sehinggalah waktu cuti, balik rumah, che' rasa bosan dan macam tergerak hati pulak nak baca nobel JAJA DAN DIN.
che' pun baca la, kali ni, entah kenapa.. hati ni rasa macam tanak skip/langkau hatta separa perenggan sekalipun. semuaaa che' nak baca, tak mau miss.
mak ai, satu-persatu kena kat batang hidung che' sendiri. istighfar bebanyak. memang lah kan,

" hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara atau bentuk "

termasuklah melalui pembacaan nobel. start situ, che' rasa beruntung sangat-sangat. Mama hantar che' pi Kem Tahfiz... che' selalu kena pergi masjid.
takde niat sikitpun che' nak menunjuk, sekadar sharing. tapi iyalah, kesimpulannya, che' bersyukur ada mak dan pak yang alhamdulillah, berada dalam jalan Allah. kalau Mama and Ayah tak paksa, tak ajak pi majlis2 agama and ilmu, che' tak tahu la jauh mana lagi che' nak hanyut.

nauzubillahiminzalik.

jadi, che' rasa.. che' zalim lah orangnya kalau che' simpan nobel ni sorang2 walaupun tak sanggup rasanya nak berkongsi Ustaz Burhanuddin Al-Helmy ngan orang lain. takpa .. demi kawan-kawan, kan?

sasaran dan target pertama semestinya budak-budak dorm che'. cuba try bagi kat sorang teman yang hatinya selama ni, cukup lembut. tido' kat sblah che' aja. tiap malam dia baca 2-3 muka surat, che' pulak yang resah nak menunggu penerimaan dia.
sekali .. tak sampai separuh cerita, dia give-up. dia pass balik kat che' dia kata

" abir, ceritanya slow sangat. skema. tak kena ngan jiwa aku"


hati che' macam kaca pecah waktu tu. che' sedih. awat dia tak nampak apa yang che' cuba nak sampaikan. tapi takpa, che' bukan cepat sangat touch-touch ni, sat je.

suatu hari, ditakdirkan Allah, che' banyak menghabiskan masa dengan teman sedorm yang seorang lagi ni. banyak yang kami bualkan. alhamdulillah, che' senang rapat dengan dia.
entah apa yang kami bincangkan, terdetik hati che' untuk menyambung kembali misi che' .

" apa kata kau baca nobel ni. syok tau! "

teman itu pun ambil dan baca la, sampai dia boleh alpa dengan homework Add Maths dia. astaghfirullah, che' dah mula tak senang duduk. che' tanak dia terbuai lebih2 sebab bukan itu niat che' . sudahnya, che' selalu ingatkan dia, sebelum baca, kerja sekolah kena siapkan dulu..

lepas satu minggu, teman itu pun datang kat che', waktu tuh tengah berbaring seorang diri. teman che' yang seorang ni menangis, mengalir air matanya.

subhanallah, aku pinta Ya Allah, kekalkan kami sebagai sahabat.
biarlah dia bimbing aku ke syurgaMU dan moga aku juga begitu.

teman kata dia terharu dengan nobel ni dan dia sedar khilafnya dia. che' tak mampu nak cakap apa-apa, tapi che' bersyukur, akhirnya ada jugak orang yang dapat terima
JAJA DAN DIN
seadanya ..

kemudian, suatu hari, che' pun bukannya ingat sangat storyline dia.
nobel JAJA DAN DIN ada di tangan tatty.
dia baca, bawak balik rumah waktu cuti ni.

alhamdulillah, che' dan teman bukan seorang lagi berdua.
kami bertiga.

Novelis Noor Suraya, jika puan melintasi entri ini,
TERIMA KASIH, SYUKRAN JAZILAN SAYA, TEMAN, DAN TATTY UCAPKAN.
you've done a lot.

wallahualam.

Friday 3 June 2011

JAJA DAN DIN, HIDAYAH DAN SEJARAH


Memang lah =.= harini punya post,
semuanya berkisarkan dan diilhamkan oleh Che Izzati Syazwana,

--------------------------------------------------------------

subhanallah , tak tahu berapa banyak terima kasih yang nak diucapkan kepada
Puan Noor Suraya sebab dah hasilkan novel ni.

sejarah novel JAJA DAN DIN :

pada tahun 2010, di sebuah kedai buku di Terminal One, Seremban, sementara Che' nak tunggu Inche Ayah mencucuk duit, Che' singgah sebentar di situ.
niatnya memanglah nak cari nobel2 yang diharapkan dapat mengubat penyakit HOMESICK (ye, che' waktu tu baru je masuk asrama di Seremban) belek punya belek, terjatuh sebuah nobel kat kaki Che', dah alang-alang jatuh tu, Che' pun apalagi, baca la sinopsis dia..

uiiihh, mula-mula tu, memang ingat ni nobel biasa-biasa aje, memang terlintas dalam hati, nobel ni mesti kelakar dan sweet.
nak tau dak, awat Che' haba' gitu?
haaa.. sebab sinopsisnya, dok haba' pasai Sang Hero, seorang Ustaz yang further study di Makkah; Al-Azhar. dalam otak Che' ni, dah tak pikiaq orang len dah... yang ada dalam kapla:

USTAZ RAEDI
USTAZ HIBAH
USTAZ ABAH

pastu dok teringat la memori Kem Tahfiz, dok ushaa-ushaa Ustaz Edi dan Hibah.
mak aih, time tu, memang tak padan dengan diri. gatai. hehe, tapi bukan apa, kami dok kalut usha sebab depa ni belaja' kat Mesir. tabik spring lah kan (:

eh, sambung citer, hehe .
nak dijadikan cerita, Che' pun beli la, konon lah bajet macam cerita sendiri pasai ada pengalaman serupa (minat kat ust2 mesir)

Che' balik tu, Che' suruh kawan-kawan Che' autograp (autograph) nobel ni,
sebab nobel ni nobel 1st Che' kat Seremban/Asrama.

so.. masa-masa kemudiannya pun Che' habiskan dengan membaca ..
Che' baca sorang-sorang je ...
Shahirah Abdul Rahim minta pinjam lepas Che' habis. OKAYY.
nak dijadikan cerita, Bab Din ke medan Jihad, Che' terpaksa baca kat surau.

pasai apa?

pasai Senior dok suruh kami ni gi riadah, akhirnya, Che' buat dosa sorang2, Che' pi surau, baca nobel. dah, habis masalah.
tengah dok layan, Abang Naqib Surau dok puta' lagu Wanita kat speaker surau.

rilek .. rilek .. Che' ni bukan spesis cepat touch-touch ni ..

tapi, bila sampai bab Din dikatakan syahid dan Umar tanpa Abahnya. yang itu memang Che' leleh . habis baca, Che' pi cari kawan-kawan kat dewan. depa dok tanya, awat mata Che' basah. Che' diam je la ...

Kisahnya tak berhenti di situ. kalau korang perasan, tak ada apa-apa yang jadi dekat aku. lalu, novel ni pun diberi kepada Shahirah Abdul Rahim. komennya lepas baca?
"Abir, cerita ni boring la .. Skema.."
biasa lah, jiwa remaja nak membesar, tentu saja kisah cinta sweet dan kelakar yang menjadi pilihan. tapi aku tak kisah, waktu tu, aku rasa kisah JAJA DAN DIN ni sangat seronok.
jujur aku cakap, agak terasa hati dengan komen Iyrah. tapi sekejap aje.

sewaktu berjihad dengan nafsu di Makkah Al-Mukarramah
bersama teman dan keluarga (:

JABBAL RAHMAH.