Friday 10 June 2011

APA ORANG KATA

moto untuk malam ni :

.... bila kau dekat, DIA dekat ...


woah, sekarang dah bulan Rejab whoa.
apakah resolusi diri daku?
nak fikirkannya pun aku dah berpeluh .

Remember that Allah “spreads out His hand at night to accept the repentance of those who sinned during the day, and He spreads out His hand during the day to accept the repentance of those who sinned during the night, (and this will continue) until the sun rises from the west.” [Muslim]
sejak dua menjak tiga menjak ni, ramai yang dah buat anjakan paradigma,
yang free hair tergerak nak pakai tudung,
yang couple decide nak clash,
tak kurang jugak, yang makin aktif dalam mencari bahan santapan Iman.

aku?
masih lagi di sini, bukanlah dekat takuk lama.
aku takler hebat mana. setakat menjengah ke alam cyber,
mengutip beberapa cebis ilmu berguna.
=.= cuti ni, tak ke Masjid langsung, di kuarantin kan.
Takpe, kata Mama. lepas SPM nanti aku akan ke Pesantren.

insyaallah, itu aje la aku cakap dalam hati.

bila fikir-fikir balik, kenapa semua orang takut nak berubah?
frankly speaking aku cakap, mungkin sbb takut dengan "apa orang kata"
haih, aku ni dulu, tak baik sangat.
so, ada lah jugak pengalaman dalam proses nak jadi BAIK SIKIT.

waktu Ayah suruh pakai tudung dulu,
mak ai, rasa macam semput aje. tapi takpe la, ikutkan jugak,
perintah Ayah, perintah Agama, perintah Allah, kan?
pakai lah... pasal stok baju memang tak payah risau.
baju sleeveless ke siglet ke jarang2 ciku-cak ke, lengan pendek ke,
memang tak pernah wujud dalam almari baju.
lengan pendek itu just utk tidur je la ..
so, terhasil lah aku memakai tudung.
tapi, waktu tu tak ada siapa-siapa pun nak judge?

tapi sekarang, bila aku baik sikit..
"wah, abir. ustazah ey?" aku diam.
"ai, tambah aksesori nampak???" aku pandang lengan, aku pandang kaki.
salah ke? menjaga kehormatan diri?
argh, kadang-kadang tu boleh tensi kepala hotak ni.
apa yang memisahkan aku dengan Hidayah Allah cumalah;
"apa orang kata"

tapi, kawan-kawan (Sumayyah Legacy) pesan, pedulik lah apa orang nak kata.
betul jugak, kalaulah (KALAU, nauzubillahiminzalik) aku masuk neraka,
kompom punya, mereka yang berkata tu takkan tolong aku.

jadi, kepada sesiapa yang nak dan dalam proses nak berubah, for better,
tak perlu lah apa nak peduli kata kawan-kawan,
sebab kalau diorang betul kawan baik korang,
baik-buruk korang, dia akan terima,
bahkan dia akan doa untuk kebaikan korang menjadi yang lebih baik.

well, been there done that.
..wallahualam...

No comments: