Wednesday 21 December 2011

Unit Pengurusan Universiti UPU 2011


sedang mengisi borang UPU harap maklum,
and I am certainly not good at it.
dahla memohon last minute..
slip hilang pulak tuh, aduhai aduhai ..

nak isi borang KoKu ni part yang paling excited
dan yang paling lama .

excited sebab sepanjang bersekolah kat TTJ nih, aktiviti sy cukup bagus.
wakil sukan, wakil persatuan, ahli aktif.
tapi ...

still tak layak jugak dapat gred peratusan A untuk KoKu keseluruhan.
T.T sedih

sedikit peringatan di sini, ye adik-adik ..
sila aktifkan diri anda dengan semua bidang.

sukan.
persatuan.
unit beruniform
dan badan-badan sekolah.

it really helps. seriously (:

taklaaa nak cakap sy punya gred ni cantik sangat,
tapi lawa lah jugak untuk dibangga kan *okay takbur. tak baik.
maksud saya, tak malu dengan diri sendiri.
PLUS, bila isi kat borang berhenti sekolah, cantik je kelihatan.

trust me. I know.

Monday 7 November 2011

Asif Jiddan


maaf, terlanjur terbuat 'peace'

malam-malam macam ni, tak ada idea sebenarnya nak update apa.
just want to make a sign; IM STILL ALIVE PEOPLE (:

Sijil Pelajaran Malaysia tinggal beberapa hari lagi,
saya mohon doa para pembaca yang terlintas pada entri ini untuk doakan kejayaan saya,
10 A insyaallah, amiin.

mohon juga, kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan.
kadang-kadang tu, tak sedar.

sepanjang cuti, ni asyik bual-bual dengan kawan.
ke mana lepas ni?

sambung belajar ke mana?
Malaysia atau luar negara?

Allah. insyaallah kalau ada rezeki harap2 dapat lah jejak ke bumi emas orang (:

maasalamah wailalliqaq (: jazakallah.

Saturday 1 October 2011

PERMOHONAN SM TEKNIK 2012

entri ni boleh dikatakan sebagai mempromposikan Pendidikan Teknikal,
kepada para pelajar tingkatan 3 yang sedang bertarung untuk PMR.

ya, adakah anda sedang dalam proses mengisi segala borang untuk ke ..

SBP
MRSM

.. dan Sekolah Menengah Teknik tiada dalam list anda.

chill, dulu diri daku ni pun sama je. asyik fikir nak sekolah top je.
tapi, alhamdulillah, rezeki ada di Sekolah Teknik.

kenapa orang / saya (pada mulanya) tak mahu ke Sekolah Menengah Teknik?

" sekolah teknik untuk budak bodoh je, takde masa depan "

"tak glamour la sekolah ni"


"budak teknik ni jahat-jahat semuanya."


"sekolah teknik untuk budak-budak yang tak mau belajar aje"

alahai, sedihnya hati bila dengar komen-komen macam ni.
tapi nak buat macam mana.
dua tahun lepas, aku sendiri pun cakap macam ni juga.

1. SEKOLAH TEKNIK , SEKOLAH VOKASIONAL dan KOLEJ KEMAHIRAN.

ada perbezaan yang banyak antara tiga kategori di atas. secara ringkasnya, SEKOLAH TEKNIK adalah untuk aliran teknikal sahaja:

MECHANICAL ENGINEERING
ELECTRICAL ENGINEERING
CIVIL ENGINEERING
ACCOUNT.COMMERCE STUDIES
AGRO TECHNOLOGY

VOKASIONAL dan KEMAHIRAN pula untuk aliran-aliran yang lain la, seperti

PENGURUSAN MAKANAN
KIMPALAN
AUTOMOTIF

dan lain-lain lah ..

2. SEKOLAH TEKNIK UNTUK BUDAK BODOH JE, TAKDE MASA DEPAN.

for your information, nak masuk sekolah Teknik, kelayakan anda mestilah at 5/6/7/8/9 A Percubaan. itu syarat kelayakan yang paling baru lah, kalau zaman aku dulu, nak masuk TTJ kena 8 atau 7 A.

3. TAK GLAMOUR LAH SEKOLAH TEKNIK

amboi cik adik ni, nak study ke, na glamour je? belajar kena ikhlas. kalau kita nak belajar, campak ke tepi longkang pun, kita belajar juga.
dan siapa kata SMT ni tak glamour?

kami pun banyak menang pertandingan, kami pun pernah juga kalahkan SBP/MRSM dalam beberapa game.
bukan lah niat na mengutuk SBP dan MRSM, tak dinafikan, mereka memang bagus.
sekolah bagus, murid bagus, cikgu-cikgu bagus ..

kelas gitu.

tapi, itu tak bermakna, SMT tak boleh setanding dengan mereka. kami pun dapat anugerah Kluster dan Sekolah Kecermelangan juga. Kami pun dapat dana kerjaan juga. Kami pun ada bidang Kebitaraan kami juga. Kami pun ada guru-guru cemerlang segala DG juga.

jadi? kenapa kami dipandang rendah?

4. BUDAK TEKNIK NI JAHAT-JAHAT SEMUANYA

tak pernah lagi kan anda dengar kejadian rogol dan bunuh di sekolah teknik? tapi, kalau di sekolah harian ... lu pikir la sendiri.
secara asasnya, untuk masuk ke sekolah teknik/vokasional/kolej , anda DIPILIH bukannya suka hati walk-in je.
rekod kita semuanya dia tahu, dari sahsiah diri hinggalah ke latar belakang keluarga,

lagipun, sekolah teknik bukan sekolah Juvana untuk ditempatkan budak-budak jahat (maksud saya, nakal)

5. SEKOLAH TEKNIK NI UNTUK BUDAK TAK MAHU BELAJAR JE

tapi kami datang ke sekolah kan? kami tidak ponteng kan?
itu sudah cukup membuktikan, yang kami masih lagi mahu belajar.
kenapa nak caci maki dan hina budak budak vokasional dan kemahiran?

kalau anda semua tida perasan lah, sekecil-kecil komponen dalam PC?Laptop yang anda sedang guna ni,
amat penting.
siapa yang buat?
mereka-mereka yang datang dari sekolah ini lah.

aku tak cakap reka. aku cakap buat.

for your information, para pelajar yang kononnya berbangga dengan aliran sains mereka tu, kebanyakannya memeluk aliran Kejuruteraan bila sudah keluar sekolah.

itu baru fakta nombor satu.
fakta nombor dua ...

seorang doktor memerlukan pelbagai alat bantuan dan mesin bukan, untuk merewat pesakit?
sebagai contoh,

telescope, microscope, segala macam mesin automatik...
even katil, meja, kerusi dan bangunan yang dia berkerja serta elektrik yang dia gunakan itu,
semuanya hasil buah fikiran para Jurutera dan hasil tangan dari pekerja-pekerja Mahir.

yang selama ini orang di luar selalu hina dan pandang rendah.

aku pernah berada dalam sekolah harian dan sekolah teknik.
jujur, dulu bila di sekolah harian, aku rasa SMT ni maca tahapehape.
bila aku masuk SMT pula, aku rasa macam aliran Vokasional dan Kemahiran ni celah gigi.

rupa-rupanya tidak.
bila aku menyertai lawatan ke SM Vokasional Ampangan dan dibawa peluang melawat ke sekitar sekolah mereka (bengkel-bengkel mereka) ternyata pendirian aku berubah.

kami belajar teori. tapi, entah apa macam mana nak buat, kami tidak tahu. jujur aku cakap. diorang, umur 17 tahun dah panda repair Perdana.

korang tahu?

dah pandai repair air-cond. buat cenderamata berasaskan logam. mengimpal.

korang boleh?

:: jadi, jangan lah pandang rendah dekat pelajar beraliran Teknik dan Vokasional serta Kemahiran ni. ada Jurukimpal, kalau dia sambung sijil kemahirannya, dia boleh mencapai gaji yang melebihi daripada seorang Jurutera ber PhD. hebat tak hebat.
jadi, para pelajar jurusan/aliran Sains Tulen, tak perlu lah nak mendabik dada, tidak ada yang hebatnya anda kalau SPM tak gempak.
same goes to me.

------------------------------------------------------------

ni adalah beberapa SM Teknik yang aku syorkan adik-adik tingkatan 3 apply..
semuanya sudah mencapai taraf Sekolah Kluster Kecermelangan; sama dengan SBP (yang bukan SBT)


Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur


Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, Seremban

Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu
*sekolah teknik terbaik SPM 2010

-----------------------------------------------------------------

insyaallah, akan sambung lagi dengan maklumat tentang aliran apa yang patut dipilih.

syukran for reading (:

Monday 5 September 2011

UJIAN DAN PEPERIKSAAN

 pertama kali bergambar dengan baju VoTech.
uuuu, Jingga Serindit ( oren striking) gitu (:

alhamdulillah, selepas TIGA minggu bertungkus dan berlumus serta berlumut.
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 berjaya dihadapi.

ini ujian DUNIA. belum lagi ujian akhirat.

cakap tanya tentang expectation.
memang tinggi tapi keputusan?
wallahualam.

DIA aje yang tahu.

tadi, PEPERIKSAAN.
sekarang ni, UJIAN.


esok TEAM SOLAR BOAT DAN SOLAR CAR SMTTJ akan ke JEMPOL.
selama tiga hari.
ohmyALLAH. tiga hari ouh :'(
tak jumpa NINERS. 
tak tidoq kat katil sendiri.
tak dapat mandi dengan sangat selesa.

... sabar ajelah. ini semua ujian DIA ..
maybe dia na uji ketahanan aku kot ..
mana lah tahu, kalau aku dapat tahan, 
insyaallah DIA bagi aku pi MacQuarie University nanti
AMINNN ~

anyway and anyhow ,
pray for my best. here and after.
mintak-minta lah, keputusan PEPERIKSAAN nanti setimpal dengan usaha yang dicurahkan.
dan moga aku dapat hadapi UJIAN dengan baik dan tenang.

till again, 
MAASSALAMAH WAILALLIQAQ.

Sunday 31 July 2011

I AM ENGAGED !!!

assalamualaikum, how's it hangin' everyone?

as you are alert of (IF you are)
today (i mean, tonight-after maghrib)
is our very first RAMADHAN
for this year (yeaaay) !!!!

and of course, as a muslim, this is our only opportunity to gain
deeds and deeds and rewards more than we can ever imagine of.
if only we can see it for real, i bet all the BONUSLINK REWARDS would be ..

"peh. celah kelingking je bhai"

or our JAYA JUSCO POINTS (JCard POINTS) would be ..

"hekeleh .. ni je? ni je? ni je?????"

or, PETRONAS POINT would be ..

"alahaai nyah, takat BMW 8 biji beserta banglo 3 tingkat siap pool tu,
aku boleh dapat bebila aku nak laaa .."

HA. that is how I imagine how BIG the rewards will be.
pasaipa? pasai, time RAMADHAN ni, kita adaaa ..

LAILATUL QADR
also known as a night which is better than a thousand nights.

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful We have indeed revealed this (Message) in the Night of Power: And what will explain to thee what the Night of Power is? The Night of Power is better than a thousand months. Therein come down the angels and the Spirit by God's permission, on every errand: Peace!...This until the rise of morn!

Surah 97 The Holy Qur’an

see? Allah mentioned it in Holy Qur'an .
HE offered us a "SALE" which any Muslims should not resist.

so, insyaallah, this is my RELATIONSHIP STATUS for now;
I am engaged with RAMADHAN

hidup kat Asrama time-time Ramadhan ni bukan senang,
takdak makpak yang nak kejut bangun sahur.
kalau kat rumah, Mama kejut turun tangga teruih serbu meja makan.
kalau kat Asrama, kena tukar baju, berjalan ke Dining Hall
alahai, sabaq naaa Abir. jihad hang nak buat sunnah Nabi.

hang sayang dia dak?
....sayang... jawab hati.

so, resolusi untuk Ramadhan ni, aku nak jadi Ummat yg lebih baik untuk SI DIA (yakni Rasulullah)
dan .. hamba yang lebih taat dalam menghambakan diri dia pada Tuan Punya Diri, Iman, Jiwa dan Raga aku ni haa.
yakni, ALLAH Subhanahuwataa'ala.

..insyallah..

and of course, pesanan untuk diri sendiri, dan siapa saja.
Ramadhan is a good platform in training ourself (or myself) to:

1- maintain our eyes and mouth and feet and (well, basically, every part of our *i mean, MY * body) only for GOOD things
2- reserve our time to have a time with our loved ones (Allah and his messenger)
3- be as fit as we can
4- wake up EARLIER in the morning.

wow. those are hard.
takpa, ingatan untuk diri sendiri. kita tengok nanti macam mana, naa.

so, I would like to take this opportunity through this medium to wish:

all of my family and friends , a Happy May Allah Bless Us In Ramadhan. do something big throughout this month ( I mean, something GOOD big,)
and I wanna say SORRY and SUPER SORRY for anything wrong and any mistakes I've made. I am myself aint perfect and am not trying to be one. My bad is my bad. My good side is all from HIM. Alhamdulillah.

wwll, sisters and brothers. JAZAKALLAH .
maassalamah wailalliqaq.

Saturday 23 July 2011

PIN MATRIKS SESI 2012

assalamualaikum, how's it hanging y'all
(okay, you caught me. i was copycat-ing someone)

agak vain kerna terpaksa menggunakan gambar sendiri pada kali ini
(maksud saya, gambar secara berseorangan)

muqaddimah untuk mutakhir cuti pendek ini ialah:

"apa yang saya hendak jadi nanti?"

persoalan yang kebanyakan remaja (sebaya saya) sudah lama pikiaq
... tapi saya mengambil keputusan untuk go with the flow..
dan kini akibatnya, saya menghadapi kesukaran untuk mengisi borang
MATRIKS atau UPU atau yang sewaktu dengannya.

hang tanya aku, pasaipa aku tak pernah decide nak jadi apa?
pasai, aku ni jenis manusia yang agak susah untuk membuat pilihan.

tak percaya?
hang rujuk POST NI : KLIK SINI

jadi, bagi aku, biarla aku study leklok, belajaq pandai2,
insyaallah nanti rezeki Allah terbentang luas kat depan mata aku.
(ya, aku TOTALLY percaya dengan takdir dan suratan Allah)
tapi tak bermakna aku tak berusaha.
aku dah berusaha, cuma aku tak memilih.

tapi, masalahnya sekarang, aku TERPAKSA buat pilihan.
jadi? nak tak nak, terpaksa pikiaq jugak ..

dalam kepala otak ni cuma ada tiga cabang pilihan terbesar:

TESL
LAW
ARCHITECTURE


kenapa ketiga-tiga benda ni? haa.
ni semua cita-cita dulu. (juga dipengaruhi sedikit sebanyak oleh ehem)
maksud saya, Inche2 yang berada di Australia itu.
waa. aku cemburu gila lah tengok depa enjoy kat sana.
takleh jadi ni.

hangpa tunggu sana, kejap lagi aku datang.
HAHAHAHA =)

maafla, kali ni punya entrie macam kosong tak berinfo mahupun bermotif.
sekadar mencoret kegelisahan hati
(fiwit. wah, hang tengok ni, aku dah mai dah tang otak ayat bunga)

maassalamah wa ilalliqaq.

Thursday 14 July 2011

PROGRAM KHIDMAT NEGARA SESI 2012

dengan ini, suka cita Beta memaklumkan bahawa ..

jeng
jeng
jeng

..
.....


hang nampak dak? hang nampak dak???

sila klik untuk pembesaran Imej Gambar dengan resolusi yang lebih meyakinkan.

......

jadi dengan ini, che nak haba' mai kat semua orang kampung,
yang che tak terpilih untuk Program Khidmat Negara?
kenapa? che' pun tak tahu la.
yang penting ...
che rasa ..

bestnyewwww (:

----------------------------------------

anyway, berada di makmal komputer sekolah yang serba daif ini,
tak menghalang diri aku dari mengedit gambar menggunakan PAINT.
ya, PAINT.

macam hape, tapi takpa. kita bersyukur dengan segala kemudahan yang telah disediakan.

bercakap tentang makmal komputer dan kemudahan.
sebenarnya, hati ni tengah membara,
tapi haih, nak buek cano, den sabor jo la eih..

komputer kat sekolah ni tak upgrade flash player,
yang membawa kepada kegagalan aku untuk menonton YOUTUBE.
antivirus pun tak update yang membawa kepada
KEGAGALAN untuk download FLASH PLAYER
yang sekali lagi membawa kepada kegagalan
MENONTON YOUTUBE

which actually means:

FAILURE TO WATCH MATLUTHFI AND ANWAR HADI.

yeah, itu sebenarnya yang aku kesalkan
*kan senang kalau cakap dari awal*

----------------------------------------------------------

keputusan MIDYEAR sudah diumumkan,
okaylah, sedikit setimpal dengan usaha.
yang penting kepuasan diri,
jangan dok cabar diri hang dengan orang lain.

satgi, hang ke mana, dia ke mana.

till then,
maassalamah wailalliqaq.

Sunday 3 July 2011

Terjemahan Man Ana-Brothers


syukran hairan kasthiran; http://isketambolaus.multiply.com/journal/item/46
MAN ANAAna in saaltal-qouma 'anni man ana
jika ditanya aku tentang siapakah aku,
Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin
Falya'lamil-jami'u 'anni ha huna
maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Lan anhani lan antani lan arkana
tidak akan terhina atau terpesong maupun cenderung

Inni ra`aitullaha fi akwanihi
sesungguhnya Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
Wa sami'tul shautul-haqqi fi qur`anihi
dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
Wa lamastu hikmatahu wa faidha hana`ihi
dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya
Fi siratil-mukhtari fi imanihi
dalam sirah mereka yang terpilih imannya
Ana mus-hafun yamsyi wa islamun yura
Akulah Mushaf yang berjalan dan Islam diperlihatkan
Ana nafhatul-ulwiyyatun fauqats-tsara
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
Al-kaunu li wa li khidmati qad sukhira
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan
Wa li man ana, ana lilladzi khalaqal-wara
dan untuk apa aku, aku untuk yang menciptakan semuanya

Ana kaukabun yahdil qawafila fits-tsara
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan,
Wa ana syihabun idza ra`aitul munkarat
dan akulah kejora jika kulihat kemungkaran2
Ma li siwa nafsun ta'uddu 'alasy-syira
tiada bagiku selain jiwa yang menentang kejahatan
Qad bi'tuha lillahi wallahusytara
telah aku jualkannya pada Allah dan Allah membelinya.

Tarbiah Diri Sendiri

what would you feel if you are misunderstood?
i mean, when people just couldn't get IT what you actually mean IT.
seriously, when you are actually saying something,
people take it the wrong way.

although you are actually saying or proposing something nice,
or.. acceptable.

frustrated? angry? disappointed?

frankly speaking,
I feel like crying at that very moment.
I mean, I was meaning something nice, not something bad.
I DONT want to be the bad girl.
I am too, hoping for something better, for happy ending,
for a good finishing.
a crystal clear one.

I may be not enough mature but I am learning too.
cant expect me to be an expertise in one nano-second, aite?

---------------------------------------------------------------------

ha, mai sini aku nak haba' mai satu cerita,
cerita pasal tabiat aku yang sering di salah ertikan.

ceritanya begini, ada seorang sahabat, berkata sesuatu yang membuatkan aku berfikir.
yalah, nak bagi sedar diri kan.
sedang aku berfikir, tiba-tiba ..

"woi, yang hang dok jeling aku tu, pasai apa? hang tak puas hati. haba' mai"

aku pun apa lagi, terpinga-pinga di situ.
kami baru saja bersahabat sewaktu itu. tiba-tiba aku dimarahi.
mana lah tak panik.

"dak aih, bila masa aku jeling kat hang?" aku membela diri.
"aku nampak hang jeling sat tadi." kata si sahabat lagi.

Alhamdulillah, memang betul la, Allah sentiasa bersama pihak yang benar,

"dak aih. itu memang tabiat Abir. dia kalau berfikir, mata dia akan berguling/berpusing ke atas"
sampuk lagi seorang sahabat.

mengikut kajian, apabila seseorang itu menggerakkan matanya ke atas, dia sedang mencipta suatu objek baru.
haa, betu la tu. aku dok berfikir, mencipta suatu fahaman yang baru, biar dia masuk sikit dalam otak aku ni.

aduh, aku terkilan sungguh la tiba-tiba kena marah tang tu.
tapi, si sahabat aku tu, mintak maaf. dia kata dia tak sengaja.
aku pun maafkan dia. biasalah, waktu mula-mula tak kenal.
memang macam-macam cerita.

-------------------------------------------------------

so, the point is, before a person explains him/her self, dont judge him/her yet.
wait. waiting.
that is crucial. but once you wait and it never happen, forget it.
maybe what you did understand is what she/he actually means.

-----------------------------------------------------

aku ingatkan diri sendiri jugak lah ni,
banyak-banyak kan istighfar.
banyak-banyak kan sabar
banyak-banyak kan baik sangka.

abir, hang jangan dok lupa,
hang jangan melulu attack orang,
hang jangan melulu marah orang,
hang saba' banyak-banyak.

jaga hati kita. toksah lah nak tambah titik hitam lagi.
yang dah ada ni pun susah nak klorok.
takkan hang nak tambah lagi kot?

wallahualam.

Saturday 11 June 2011

KBYE; istilah atau apa?

perkataan atau frasa yang semakin kerap dijumpai di Fesbuk atau Twitter,
sejak dua menjak tiga menjak a.k.a 2 minggu ni.

kbye atau lebih mudah di pronounce;
KAYYYBAIIIIII
atau
KAYBAI.


kenapa aku macam ni?
tak suka lah perkataan ni.
seolah-olah menunjukkan yang kau malass sangat nak bercakap dengan orang tu.
ataupun jari kau dah cramp tak boleh menaip banyak-banyak dah.

wahh, boleh mensirap diri ini bila syok-syok berbual di laman sesawang Facebook,
tiba-tiba, suddenly ..

"eh, kena masakkan makanan kucing la, out dulu. kbye"

istighfar je lah aku ni, dalam hati.
kan elok cakap macam ni;

"eh, kena masakkan makanan kucing la, out dulu. bye, salam."

wah :D barulah terbaik. daripada kau cakap KAYBAI ngan aku tu,
baik kau doakan kesejahteraan aku.
aku takla cakap aku senantiasa farewell pakai SALAM.
tapi at least aku cakap macam ni

"okay, byeee~~~"

at least aku cakap OKAY atau paling jarang dan paling koman pun; OK
bukannya

K

K bukan perkataan,
okay, nampaknya macam aku seolah-olah memperbesarkan perkara ni.
tapi nak buat macam mana.
sudah bersepah-sepah tak larat nak tengok dah,
KAYBAI kat news feed.
sorry sangat-sangat kepada pengguna setia KAYBAI.
bukan niat nak kutuk korang, ampun, maaf zahir dan batin.

ini sekadar luahan rasa buah fikiran.
sekarang ni orang sibuk cakap pasal memartabatkan bahasa.
tapi nak martabat apanya, kalau bahasa itu semakin lama semakin singkat.
bukan setakat BM diorang singkatkan.
wah :D sudah genji (gangster/pailang/berani) nak singkatkan English.
korang ni memang lah dasyat =.=''

boleh dikatakan aku ni tak suka bila orang reply sms macam:

abir: "weh, si polan, ak datang rumah kau kejap lagi tau."
si polan: "K"

*memang cara begitu aku menaip SMS, tak caya, tanya member2 aku*

the point is. reply tu ha, K.
aduh lemah semangat aku der, bila baca K.
cakap la, OKAY ke OK ke I'll be waiting ke.
ini tidak.
K.
K itu jawapan apa?
Kentut? Kering? Kahkahkah? Kabut? Kasar?

please dong! jangan bikin aku penasaran.
so, ini ajelah pendapat aku dalam penggunaan KAYBAI.

takpe la, setiap orang lain-lain.
mungkin aku yang ketinggalan sebab tak pakai KAYBAI.
aku lame kot, hehe.
so, sekali lagi nak mintak maaf kalau tersalah bicara dalam entrie ni ye (:

pesan aku;
janganlah cakap KAYBAI = kbye
dengan aku,
sebab disebalik alam siber itu, aku dihadapan skrin komputer dah macam ni dah:



sekian, wallahualam.
maas salamah wa ilal liqaq.

Friday 10 June 2011

APA ORANG KATA

moto untuk malam ni :

.... bila kau dekat, DIA dekat ...


woah, sekarang dah bulan Rejab whoa.
apakah resolusi diri daku?
nak fikirkannya pun aku dah berpeluh .

Remember that Allah “spreads out His hand at night to accept the repentance of those who sinned during the day, and He spreads out His hand during the day to accept the repentance of those who sinned during the night, (and this will continue) until the sun rises from the west.” [Muslim]
sejak dua menjak tiga menjak ni, ramai yang dah buat anjakan paradigma,
yang free hair tergerak nak pakai tudung,
yang couple decide nak clash,
tak kurang jugak, yang makin aktif dalam mencari bahan santapan Iman.

aku?
masih lagi di sini, bukanlah dekat takuk lama.
aku takler hebat mana. setakat menjengah ke alam cyber,
mengutip beberapa cebis ilmu berguna.
=.= cuti ni, tak ke Masjid langsung, di kuarantin kan.
Takpe, kata Mama. lepas SPM nanti aku akan ke Pesantren.

insyaallah, itu aje la aku cakap dalam hati.

bila fikir-fikir balik, kenapa semua orang takut nak berubah?
frankly speaking aku cakap, mungkin sbb takut dengan "apa orang kata"
haih, aku ni dulu, tak baik sangat.
so, ada lah jugak pengalaman dalam proses nak jadi BAIK SIKIT.

waktu Ayah suruh pakai tudung dulu,
mak ai, rasa macam semput aje. tapi takpe la, ikutkan jugak,
perintah Ayah, perintah Agama, perintah Allah, kan?
pakai lah... pasal stok baju memang tak payah risau.
baju sleeveless ke siglet ke jarang2 ciku-cak ke, lengan pendek ke,
memang tak pernah wujud dalam almari baju.
lengan pendek itu just utk tidur je la ..
so, terhasil lah aku memakai tudung.
tapi, waktu tu tak ada siapa-siapa pun nak judge?

tapi sekarang, bila aku baik sikit..
"wah, abir. ustazah ey?" aku diam.
"ai, tambah aksesori nampak???" aku pandang lengan, aku pandang kaki.
salah ke? menjaga kehormatan diri?
argh, kadang-kadang tu boleh tensi kepala hotak ni.
apa yang memisahkan aku dengan Hidayah Allah cumalah;
"apa orang kata"

tapi, kawan-kawan (Sumayyah Legacy) pesan, pedulik lah apa orang nak kata.
betul jugak, kalaulah (KALAU, nauzubillahiminzalik) aku masuk neraka,
kompom punya, mereka yang berkata tu takkan tolong aku.

jadi, kepada sesiapa yang nak dan dalam proses nak berubah, for better,
tak perlu lah apa nak peduli kata kawan-kawan,
sebab kalau diorang betul kawan baik korang,
baik-buruk korang, dia akan terima,
bahkan dia akan doa untuk kebaikan korang menjadi yang lebih baik.

well, been there done that.
..wallahualam...

Saturday 4 June 2011

JAJA DAN DIN, HIDAYAH DAN SEJARAH (2)

[ kenangan bersama Ustaz Abah, Kem Tahfiz 2009]

okaylah, sambung balik post yang terhenti.
izin che' sambung na?

BAIK, seperti yang telah di haba' kan, tak ada apa yang jadi lepas Shahirah Abdul Rahim baca nobel JAJA DAN DIN lalu, nobel itu che' letakkan aje dekat rak.

sehinggalah waktu cuti, balik rumah, che' rasa bosan dan macam tergerak hati pulak nak baca nobel JAJA DAN DIN.
che' pun baca la, kali ni, entah kenapa.. hati ni rasa macam tanak skip/langkau hatta separa perenggan sekalipun. semuaaa che' nak baca, tak mau miss.
mak ai, satu-persatu kena kat batang hidung che' sendiri. istighfar bebanyak. memang lah kan,

" hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara atau bentuk "

termasuklah melalui pembacaan nobel. start situ, che' rasa beruntung sangat-sangat. Mama hantar che' pi Kem Tahfiz... che' selalu kena pergi masjid.
takde niat sikitpun che' nak menunjuk, sekadar sharing. tapi iyalah, kesimpulannya, che' bersyukur ada mak dan pak yang alhamdulillah, berada dalam jalan Allah. kalau Mama and Ayah tak paksa, tak ajak pi majlis2 agama and ilmu, che' tak tahu la jauh mana lagi che' nak hanyut.

nauzubillahiminzalik.

jadi, che' rasa.. che' zalim lah orangnya kalau che' simpan nobel ni sorang2 walaupun tak sanggup rasanya nak berkongsi Ustaz Burhanuddin Al-Helmy ngan orang lain. takpa .. demi kawan-kawan, kan?

sasaran dan target pertama semestinya budak-budak dorm che'. cuba try bagi kat sorang teman yang hatinya selama ni, cukup lembut. tido' kat sblah che' aja. tiap malam dia baca 2-3 muka surat, che' pulak yang resah nak menunggu penerimaan dia.
sekali .. tak sampai separuh cerita, dia give-up. dia pass balik kat che' dia kata

" abir, ceritanya slow sangat. skema. tak kena ngan jiwa aku"


hati che' macam kaca pecah waktu tu. che' sedih. awat dia tak nampak apa yang che' cuba nak sampaikan. tapi takpa, che' bukan cepat sangat touch-touch ni, sat je.

suatu hari, ditakdirkan Allah, che' banyak menghabiskan masa dengan teman sedorm yang seorang lagi ni. banyak yang kami bualkan. alhamdulillah, che' senang rapat dengan dia.
entah apa yang kami bincangkan, terdetik hati che' untuk menyambung kembali misi che' .

" apa kata kau baca nobel ni. syok tau! "

teman itu pun ambil dan baca la, sampai dia boleh alpa dengan homework Add Maths dia. astaghfirullah, che' dah mula tak senang duduk. che' tanak dia terbuai lebih2 sebab bukan itu niat che' . sudahnya, che' selalu ingatkan dia, sebelum baca, kerja sekolah kena siapkan dulu..

lepas satu minggu, teman itu pun datang kat che', waktu tuh tengah berbaring seorang diri. teman che' yang seorang ni menangis, mengalir air matanya.

subhanallah, aku pinta Ya Allah, kekalkan kami sebagai sahabat.
biarlah dia bimbing aku ke syurgaMU dan moga aku juga begitu.

teman kata dia terharu dengan nobel ni dan dia sedar khilafnya dia. che' tak mampu nak cakap apa-apa, tapi che' bersyukur, akhirnya ada jugak orang yang dapat terima
JAJA DAN DIN
seadanya ..

kemudian, suatu hari, che' pun bukannya ingat sangat storyline dia.
nobel JAJA DAN DIN ada di tangan tatty.
dia baca, bawak balik rumah waktu cuti ni.

alhamdulillah, che' dan teman bukan seorang lagi berdua.
kami bertiga.

Novelis Noor Suraya, jika puan melintasi entri ini,
TERIMA KASIH, SYUKRAN JAZILAN SAYA, TEMAN, DAN TATTY UCAPKAN.
you've done a lot.

wallahualam.

Friday 3 June 2011

JAJA DAN DIN, HIDAYAH DAN SEJARAH


Memang lah =.= harini punya post,
semuanya berkisarkan dan diilhamkan oleh Che Izzati Syazwana,

--------------------------------------------------------------

subhanallah , tak tahu berapa banyak terima kasih yang nak diucapkan kepada
Puan Noor Suraya sebab dah hasilkan novel ni.

sejarah novel JAJA DAN DIN :

pada tahun 2010, di sebuah kedai buku di Terminal One, Seremban, sementara Che' nak tunggu Inche Ayah mencucuk duit, Che' singgah sebentar di situ.
niatnya memanglah nak cari nobel2 yang diharapkan dapat mengubat penyakit HOMESICK (ye, che' waktu tu baru je masuk asrama di Seremban) belek punya belek, terjatuh sebuah nobel kat kaki Che', dah alang-alang jatuh tu, Che' pun apalagi, baca la sinopsis dia..

uiiihh, mula-mula tu, memang ingat ni nobel biasa-biasa aje, memang terlintas dalam hati, nobel ni mesti kelakar dan sweet.
nak tau dak, awat Che' haba' gitu?
haaa.. sebab sinopsisnya, dok haba' pasai Sang Hero, seorang Ustaz yang further study di Makkah; Al-Azhar. dalam otak Che' ni, dah tak pikiaq orang len dah... yang ada dalam kapla:

USTAZ RAEDI
USTAZ HIBAH
USTAZ ABAH

pastu dok teringat la memori Kem Tahfiz, dok ushaa-ushaa Ustaz Edi dan Hibah.
mak aih, time tu, memang tak padan dengan diri. gatai. hehe, tapi bukan apa, kami dok kalut usha sebab depa ni belaja' kat Mesir. tabik spring lah kan (:

eh, sambung citer, hehe .
nak dijadikan cerita, Che' pun beli la, konon lah bajet macam cerita sendiri pasai ada pengalaman serupa (minat kat ust2 mesir)

Che' balik tu, Che' suruh kawan-kawan Che' autograp (autograph) nobel ni,
sebab nobel ni nobel 1st Che' kat Seremban/Asrama.

so.. masa-masa kemudiannya pun Che' habiskan dengan membaca ..
Che' baca sorang-sorang je ...
Shahirah Abdul Rahim minta pinjam lepas Che' habis. OKAYY.
nak dijadikan cerita, Bab Din ke medan Jihad, Che' terpaksa baca kat surau.

pasai apa?

pasai Senior dok suruh kami ni gi riadah, akhirnya, Che' buat dosa sorang2, Che' pi surau, baca nobel. dah, habis masalah.
tengah dok layan, Abang Naqib Surau dok puta' lagu Wanita kat speaker surau.

rilek .. rilek .. Che' ni bukan spesis cepat touch-touch ni ..

tapi, bila sampai bab Din dikatakan syahid dan Umar tanpa Abahnya. yang itu memang Che' leleh . habis baca, Che' pi cari kawan-kawan kat dewan. depa dok tanya, awat mata Che' basah. Che' diam je la ...

Kisahnya tak berhenti di situ. kalau korang perasan, tak ada apa-apa yang jadi dekat aku. lalu, novel ni pun diberi kepada Shahirah Abdul Rahim. komennya lepas baca?
"Abir, cerita ni boring la .. Skema.."
biasa lah, jiwa remaja nak membesar, tentu saja kisah cinta sweet dan kelakar yang menjadi pilihan. tapi aku tak kisah, waktu tu, aku rasa kisah JAJA DAN DIN ni sangat seronok.
jujur aku cakap, agak terasa hati dengan komen Iyrah. tapi sekejap aje.

sewaktu berjihad dengan nafsu di Makkah Al-Mukarramah
bersama teman dan keluarga (:

JABBAL RAHMAH.