Sunday 29 September 2013

Tuesday 6 August 2013

pre-shoutout






If you ever feel alone and the glare makes me hard to find,
Just know that I'm always parallel on the other side.

and, i don't want to lose you know.
because you're the other half of me.

Friday 24 May 2013

ASASI UNDANG-UNDANG KPTM (UiTM SHAH ALAM)


Watikah yang kumiliki kan kusemat di hati ... - UiTM Di Hatiku


if you are reading this post,
i'd like to congratulate you !
tahniah ;) sebab tak kan lah korang nak baca random blog post,
unless benda itu penting, kan ?

been there done that.

so if you are wondering what is Asasi Undang-undang KPTM
or
PI007 

basically, dia sama aje dengan Asasi Undang-undang UiTM, PI005.
beza dia, lepasan Asasi KPTM boleh apply ke UPU lepas tamat pengajian,
dan lepasan Asasi UiTM akan berada di UiTM sahaja .

kiranya, pelajar asasi kptm akan apply UPU balik, dan pilih U lain.
nak UiTM balik pun tak ada masalah.
ada baik dan buruk dia jugak.
but, let's not think about that.
 positive!

okay lah, cerita satu-satu dulu ye..

hari pertama korang daftar, 
mesti korang akan dapat kolej Mawar atau Perindu.
mesti punya *eceh, yakin je*

(kolej MAWAR)

kemudian, akan proceed untuk Minggu Destini Siswa.
dah nama minggu, so ianya seminggu.
agak hectic sikit, but dont worry, 
ini bukan orientasi yang regging2 punya.
sedikit drama itu ada, tapi biarlah sekali-sekala menonton.
atau nak jadi pelakon? suka hati.

waktu MDS ni, korang akan belajar (banyak)
(salah satunya) lagu UiTM Di Hatiku.
serious, first time korang dengar, korang akan tanya,
"pehal seniors ni fefeeling nyanyi lagu ni??"
bila korang nak tinggalkan UiTM nanti, korang akan faham.
percaya lah cakap iols.
kemudian, korang akan diajar basic nak hidup kat UiTM ni ..
and, korang maybe akan campur dgn budak diploma,
so akan tercampur sikit dlm slot ko-ku. watlek je.

pendek kata, waktu mds ni, waktu happy2 la ..
dan waktu penat.
oh ya,  bagi yang tidak bertudung,
dan rambut berkaler.
I nasihat kat U,...
u datang mendaftar nanti pakai je tudung utk seminggu.
sbb nanti lambat laun u akan dipaksa pakai tudung juga.
dan student id u punya gambar pun akn bertudung.
jangan tanya I apa rasionalnya.

p/s: mds ni bukan macam orientasi sekolah.
kalau nak pakai bb atau iphone, boleh je.
cuma pandai2 cover la ye, bila ada taklimat.
p/s/s: kalau ada power bank lagi molek.

okay lepas MDS, bermula lah hari korang sebagai pelajar.
ecececehhhh.

time I dulu, hari last MDS, 
ada akak PM bagitahu yang hari Isnin kena datang fac pakai black-white.
sbb ada taklimat fac.
jangan risau, kertas edaran bas akan diedarkan nanti.
so, takyah runsing. 
lagipun, bas free banyak kat UiTM .
thank you, Dato' Sahol .

(fakulti undang-undang)
(lawa gila beb, seriously)
(macam kat luar negara)

dekat fac, korang akan dibahagikan secara random kepada beberapa kelas.
setiap kelas tak melebihi 35 orang.
i dont know about other class,
tapi kelas aku dulu, 
hari selasa pagi, first tutorial.
so Madam Lecturer yang guide kitorang punya taaruf dan lantik class rep.
Class Rep tu macam ketua darjah la. 

oh ye.
Tutorial - no no. bukan kelas tuisyen.
tutorial ni adalah kelas satu jam di mana korang boleh berinteraksi dgn lecturer korang utk tanya pasal assignment. dan kadang-kadang utk buat presentation jugak.
jangan ambil ringan kehadiran tutorial ni. ini la kelas utk korang kutip carry mark.
Carry Mark - markah sebanyak 40% (kebanyakannya) yang dapat tolong final mark korang nanti.

selalunya, akan clash sedikit dengan student degree tapi biasanya,
bila student asasi masuk, student degree dah nak study week.
so .. berasak-asak kat fac tu tak lama.
mohon bersabar.
keep calm and respect your senior.

kelas paling awal akan start pukul 8.30.
kelas paling lewat, as far as i know, pukul 5 .
lewat daripada tu, wallahualam.

lecturer semua sporting2 jangan risau.
semua lecturer akan suka pelajar yang suka bertanya
*jangan tanya soalan bodoh, sudahlah ..
first sem, korang tak dapat the gist lagi sebab first sem korang sangat basic.
(dalam auditorium untuk lecture)
(ye, wifi is everywhere)
(and yes, gua tengah online masa ni)

but .....
jeng jeng jeng. then come second sem.

untuk yang result memuaskan atau DL (3.5 above)
akan bersemangat lah.
yang teruk tu, jangan kecewa.

second sem, korang mesti fefeeling lawyer gitu.
sebab second sem ni lah, korang dapat pergi court,
dapat masuk court,
dapat buat mooting (for certain lecturer yang buat shj)
dan dapat case.

teruja kan ? kan ? kan?
percayalah, memang seronok.
jangan kata susah. 
alami nya sendiri, anda pasti suka.
cewah.

laptop adalah perlu.
smartphone adalah perlu.
kenapa ?
sebab laptop untuk assignment.
dan smartphone adalah supaya korang sekelas boleh stay connected.
dengan ada nya whatsapp,
Class Rep boleh jimat kredit dgn banyak,
kalau nak inform kelas batal atau hal2 yang lain.

so basically itu lah dia asasi kptm.
asasi uitm pun life dia sama je.
yang beza dia, lepas korang tamat pengajian.

okay, pasal pakaian.
jeans are allowed tapi bukan pada hari isnin, khamis dan jumaat.
if i'm not mistaken lah.
hari rabu black and white, 
tapi tak ramai pun yang patuh.
I is one of them , hehehe.

kalau korang baca entri ni awaaaal,
I nasihatkan, lepas ni, pergi beli Federal Constituition
dan sila baca buku teks sejarah form 5 anda.
it will help you a lot, trust me.

kalau nak sumbat semuanya, dalam satu entri,
sangat semak.
so for subjects, it'll be in the next post.

wassalam.

Friday 10 May 2013

Mabuk Amarah

"Bila-bila masa, akan musnah" Empayarmu-Hujan

kau ada di tempat aku atau kau masih di situ ?
kau dengar aku atau kau faham aku ?
kau kenal aku atau kau buat-buat tahu?

jawab!

sebab kalau kau beralih dari kedudukan kau, ke tempat aku.
kau akan nampak dan lihat apa yang aku nampak dan lihat.
kalau kau benar faham aku, 
kau akan tahu apa yang aku lontarkan sebenarnya.
kalau kau kenal aku,
kau tak akan cakap begitu!

ye, aku emosi. demi Tuhan, aku emosi.
dan demi Tuhan juga, aku di sini.
menaip pada entah siapa.
kau bukan baca. aku pun taktahu siapa yang akan baca.
nampak sia-sia tapi aku lebih rela.

di sini atau di laman sosial lain yang lebih terbuka.
aku takut aku tersasar. 
nanti kau, aku sama-sama terluka.

biarlah. berhenti di sini.
andai kau baca dan kau marah,
aku minta maaf.
jangan pandang aku sempurna.
selama kau pandang aku, tak ada bulat atas kepala kan?
aku tidak bersayap kan?

nah, itu buktinya aku bukan malaikat.
aku ini manusia - yang kadang kadang kalah dengan si api dari neraka.

jiwa emosi lagha 110513 0109 

Friday 22 March 2013

Sembilan Bulan

" Berlagu berbisik hati ku , Semulajadinya aku jatuh "   Jatuh - Liyana Fizi



kalau ditanya sembilan bulan yang lepas,
"Siapakah Mereka?"
aku jawab
"Classmates. Kawan kelas dekat Asasi"





kalau kau bagi aku pilihan sembilan bulan yang lalu,
"tinggal saja di Asasi atau terbang bebas mengejar mimpi?"
aku tanpa ragu, 
balik bilik, kemas barang, angkat kaki.






kalau disuruh aku sembilan bulan yang lepas,
"Cerita sikit tentang mereka."
aku cerita
setakat yang aku tahu. dengan mata yang kaku.




tapi Kasih dan Sayang Tuhan itu besar.
RahmatNya melimpah-ruah ke pelusuk alam,
ke dasar hati hamba-hambaNya.

dan aku ?


kalau kau tanya aku sekarang,
"mereka ini siapa?"
aku tanpa segan tanpa malu akan jawab,
sayang-sayang aku !

kalau kau suruh aku sekarang,
"cerita kan aku pasal diorang."
setiap seorang aku ceritakan,
dengan roh jiwa yang teruja.

kalau kau beri aku pilihan, 
"nak pindah atau stay?"
aku tahu aku tak akan seyakin dulu.

sebab aku ada mereka.
yang comel, yang cantik, yang ayu, yang garang, yang ganas, 
yang rock, yang jiwa bebas, yang lejen, yang dekan, yang kpop, yang Ustazah Pilihan,
yang lemah-lembut, yang lurus, yang licik , yang kelakar. yang manis.

yang aku sayang.


jadi jangan tanya aku, 
kenapa aku gembira dengan mereka.


Wednesday 2 January 2013

Ego ? Ergo ?



"I know you’ve been wanting more So whatcha gonna do?" Lies, by Couple.

bila minda tak dapat cerna apa yang kita sendiri fikirkan.
itu mungkin suatu tanda,
yang kita sebenarnya sudah kronik.
dek kerana terlalu lama terperangkap dalam balang kaca diri sendiri.

yang me-mekakak-kan telinga
dan butakan mata.
dari keadaan sekeliling.

balang kaca. 
pecahkan ia.
buka mata, buka minda, buka hati.
dalam dunia ini, kita bukan seorang.
kalau kita rasa kita boleh berfikir.
orang lain juga boleh.

lalu, apa bukti aku salah dan kau betul?
atau, apa tanda kau salah dan aku betul ?

kita semua hamba.
pengemis.
mengutip ilmu-ilmu di bumi Tuhan.

jadi,
" act like one "  .