Saturday 4 June 2011

JAJA DAN DIN, HIDAYAH DAN SEJARAH (2)

[ kenangan bersama Ustaz Abah, Kem Tahfiz 2009]

okaylah, sambung balik post yang terhenti.
izin che' sambung na?

BAIK, seperti yang telah di haba' kan, tak ada apa yang jadi lepas Shahirah Abdul Rahim baca nobel JAJA DAN DIN lalu, nobel itu che' letakkan aje dekat rak.

sehinggalah waktu cuti, balik rumah, che' rasa bosan dan macam tergerak hati pulak nak baca nobel JAJA DAN DIN.
che' pun baca la, kali ni, entah kenapa.. hati ni rasa macam tanak skip/langkau hatta separa perenggan sekalipun. semuaaa che' nak baca, tak mau miss.
mak ai, satu-persatu kena kat batang hidung che' sendiri. istighfar bebanyak. memang lah kan,

" hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara atau bentuk "

termasuklah melalui pembacaan nobel. start situ, che' rasa beruntung sangat-sangat. Mama hantar che' pi Kem Tahfiz... che' selalu kena pergi masjid.
takde niat sikitpun che' nak menunjuk, sekadar sharing. tapi iyalah, kesimpulannya, che' bersyukur ada mak dan pak yang alhamdulillah, berada dalam jalan Allah. kalau Mama and Ayah tak paksa, tak ajak pi majlis2 agama and ilmu, che' tak tahu la jauh mana lagi che' nak hanyut.

nauzubillahiminzalik.

jadi, che' rasa.. che' zalim lah orangnya kalau che' simpan nobel ni sorang2 walaupun tak sanggup rasanya nak berkongsi Ustaz Burhanuddin Al-Helmy ngan orang lain. takpa .. demi kawan-kawan, kan?

sasaran dan target pertama semestinya budak-budak dorm che'. cuba try bagi kat sorang teman yang hatinya selama ni, cukup lembut. tido' kat sblah che' aja. tiap malam dia baca 2-3 muka surat, che' pulak yang resah nak menunggu penerimaan dia.
sekali .. tak sampai separuh cerita, dia give-up. dia pass balik kat che' dia kata

" abir, ceritanya slow sangat. skema. tak kena ngan jiwa aku"


hati che' macam kaca pecah waktu tu. che' sedih. awat dia tak nampak apa yang che' cuba nak sampaikan. tapi takpa, che' bukan cepat sangat touch-touch ni, sat je.

suatu hari, ditakdirkan Allah, che' banyak menghabiskan masa dengan teman sedorm yang seorang lagi ni. banyak yang kami bualkan. alhamdulillah, che' senang rapat dengan dia.
entah apa yang kami bincangkan, terdetik hati che' untuk menyambung kembali misi che' .

" apa kata kau baca nobel ni. syok tau! "

teman itu pun ambil dan baca la, sampai dia boleh alpa dengan homework Add Maths dia. astaghfirullah, che' dah mula tak senang duduk. che' tanak dia terbuai lebih2 sebab bukan itu niat che' . sudahnya, che' selalu ingatkan dia, sebelum baca, kerja sekolah kena siapkan dulu..

lepas satu minggu, teman itu pun datang kat che', waktu tuh tengah berbaring seorang diri. teman che' yang seorang ni menangis, mengalir air matanya.

subhanallah, aku pinta Ya Allah, kekalkan kami sebagai sahabat.
biarlah dia bimbing aku ke syurgaMU dan moga aku juga begitu.

teman kata dia terharu dengan nobel ni dan dia sedar khilafnya dia. che' tak mampu nak cakap apa-apa, tapi che' bersyukur, akhirnya ada jugak orang yang dapat terima
JAJA DAN DIN
seadanya ..

kemudian, suatu hari, che' pun bukannya ingat sangat storyline dia.
nobel JAJA DAN DIN ada di tangan tatty.
dia baca, bawak balik rumah waktu cuti ni.

alhamdulillah, che' dan teman bukan seorang lagi berdua.
kami bertiga.

Novelis Noor Suraya, jika puan melintasi entri ini,
TERIMA KASIH, SYUKRAN JAZILAN SAYA, TEMAN, DAN TATTY UCAPKAN.
you've done a lot.

wallahualam.

No comments: