Thursday 22 November 2012

Cinta


 "...berpaut dengan rantai rasa cinta..." Rantai Rasa by Hujan




tak ada beza kau dan aku.

kerana kita berpegang dengan kalimah syahadah yang satu.
kita sama.
tapi tak serupa.

bidalan Melayu ada menyebut,

"cubit peha kanan, peha kiri terasa jua."
itu kau dan aku.
maaf. 
aku tak rasa kesakitan kau.
tiada peluru yang menembusi dadaku.
tiada darah syuhada yang terpercik pada mana-mana anggota tubuhku.
rumahku tidak dirampas.
tanah yang ku diami ini, tanah merdeka.

tapi.


kau dan aku adalah satu.
akidah kita ;
" La Ilaha Illallah , Muhammadurrasulullah "

dari itu.

sakit mu itu, sakit ku juga.
tak terasa tapi ia ada.

maafkan diri yang tak berdaya.

tiada langkah ke Gaza.
tiada batu dalam genggaman.
cuma.
doa ku untuk kalian.
kerana kalian adalah aku.

kita bersaudara.

maaf. maafkan aku. maafkan aku.
aku yang pengecut. aku yang bacul.
hanya doa yang mampu aku titipkan.
dan usaha ku yang tak seberapa melawan nafsu, 
memboikot mereka yang menentangmu.

kata mereka, usaha itu sia-sia. 

kata mereka, itu semua kerja bodoh.

biarlah.

itu saja si bacul ini yang mampu lakukan.

salam sayang,

aku.

No comments: