Friday 6 April 2012

Hukum Perempuan Meminati Lelaki

Ceramah Ustaz Azhar Idrus
Jan 10, Kuliyah Muslimat (Siri 10)
Surau Limbong Cukai Kemaman.


Soalan 1 :
Apakah hukumnya seorang perempuan meminati seorang laki-laki?


Jawapan:
Jika kerana kesolehan dan kebaikkannya - dituntut dalam Islam. Meminati di sini dalam erti kata mencontohi ibadahnya dan tingkahlakunya. Pendek kata tak salah menyukai laki-laki tetapi bukan atas dasar nafsu.


Soleh : Baik


Jika ada niat nak berkahwin dengan laki-laki seperti tersebut - digalakan dan merupakan langkah yang baik.


Hukum syarak - sunat juga perempuan cari suami. Dalilnya Siti Khatijah R.A (Ummul Mukminin). Tak salah. Orang perempuan tengok laki-laki elok akhlaknya dan ingin menjadikannya sebagai suami boleh aturkan untuk perbincangan perkahwinan.


Meminati laki-laki yang kurang dikenali kesolehannya lebih-lebih lagi yang jelas berperangai buruk - amat dilarang oleh Islam.


Laki-laki merupakan kepala rumah tangga. Lelaki baik boleh kawin dengan perempuan jahat. Perempuan baik takleh kawin dengan lelaki jahat. Sebab lelaki boleh bentuk isteri dia. Biasanya orang puan akan ikut suami dia.


Ayah takleh mengawinkan anak perempuannya dengan yang buruk akhlaknya. Dikira mengkianati amanah Allah.


Meminati untuk suka-suka sahaja tanpa ada keinginan untuk berkahwin - haram! Membuka jalan kemaksiatan.




Wallahualam bisawwab.

No comments: